|
|
Ummu Sulaim, sifatnya tegas mengisahkan kejayaan seorang ibu dalam
mendidik anak. Satu garis kebijaksanaan dan kesabaran dirinya menjadi
seorang isteri pilihan yang terbaik.menyerahkan ketetapan dan
pengabdian yang teguh kepada dasar agama Allah s.w.t untuk mendapatkan
jannah (syurga).
Namanya Ghumaidha binti Maihan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundab
bin Amin bin Ghunam bin Adi bin Najar Al Anshari Al Khazraji. Pada masa
jahiliah dia menikah dengan Malik bin Nadhar dan melahirkan seorang
anak yang bernama Anas bin Malik. Dia masuk islam bersama para
assabiqunal awwalun (golongan pertama masuk islam ) dari golongan
Ansar.
Ketika Ummu Sulaim telah beriman kepada Allah s.w.t *) dan Rasullulah
s.a.w **) datanglah Abu Anas (Malik) dan bertanya; Apakah engkau telah
murtad dari agamamu?” Ummu Sulaim menjawab,”Bahkan aku telah bersaksi
bahwa tiada ilah yang berhak disembah selain Allah, dan Muhammad adalah
Rasul Allah”.
Kemudian Ummu Sulaim r.a menyuruh dan menuntun anaknya Anas,”Wahai
anakku, ucapkanlah la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammad
rasulullah”. Anas mengiyakan dan mau mengucapkanya. Abu Anas (Malik)
berkata kepada Ummu Sulaim r.a,” Janganlah kau merosak dan mempengaruhi
anakku!” Ummu Sulaim menjawab, “ Aku tidak akan pernah merosakkanya”.
Malik keluar dengan menahan kemarahan. Dia pergi ke Syam membawa
kemarahan. Di tengah jalan dia bertemu dengan musuhnya. Allah s.w.t
menetapkan takdirnya. Di tangan musuh, dia menemui ajal pada saat jiwa
dan hatinya bergelora marah.
Mendengar khabar suaminya meninggal, Ummu Sulaim berkata,”Saya tidak
akan menahan Anas anakku sehingga ia berhenti sendiri (menangis ) dan
aku tidak akan menikah sampai Anas menyuruhku”.
Ummu Sulaim pergi menemui Rasullulah s.a.w. Dengan rasa malu ia
menyerahkan buah hatinya Anas bin Malik kepada Rasullulah s.a.w agar
dijadikan pembantu Rasulullah s.a.w. Dengan harapan anaknya terbimbing
dengan berbagai ajaran kebaikan. Rasullulah s.a.w menerimanya. Dan
sejuklah hati dan perasaan Ummu Sulaim r.a.
Ketika itu, orang ramai mengatakan Anas bin Malik dan ibunya dengan
pujian dan bangga. Hingga seorang yang bernama Abu Thalhah menyimpan
rasa minat di hati dan kagum tersendiri terhadap Ummu Sulaim r.a.
Datanglah ia kepada Ummu Sulaim untuk melamarnya. Ummu Sulaim r.a
menolaknya kerana Abu Thalhah pada waktu itu masih musyrik (kafir).
Ummu Sulaim r.a kemudian berkata, “Sesungguhnya aku telah beriman
kepada Allah s.w.t. Jika engkau mau mengikutiku, maka aku akan menikah
denganmu”. Abu Thalhah berkata” Aku beriman kepada sebagaimana engkau
beriman” Maka menikahlah Ummu Sulaim r.a dengan Abu Thalhah dengan
mahar (mas kawin) keislaman Abu Thalhah.
Telah diriwayatkan oleh Sulaiman bin Mughirah Tsabit r.a telah
bercerita kepada kami dari Anas r.a, ia berkata,”Abu Thalhah meminang
Ummu Sulaim r.a , kemudian Ummu Sulaim r.a berkata,” Sesungguhnya tidak
sepatutnya aku menikah dengan seorang musyrik (kafir). Tidakkah engkau
ketahui, wahai Abu Thalhah. Bahwa tuhan kalian diperbuat oleh keluarga
fulan. Dan sesungguhnya jika engkau membakarnya pasti akan
terbakar.”Anas r.a berkata” Maka Abu Thalhah pergi. Dalam hatinya ia
membenarkan kata-kata Ummu Sulaim r.a. Datanglah ia kepada Ummu Sulaim
r.a dan berkata,” Apa yang telah engkau tawarkan kepadaku telah aku
terima.” Anas berkata ,“ Tiada mahar baginya (mas kahwin), kecuali
dengan masuk islamnya Abu Thalhah”.
Abu Thalhah menikahi Ummu Sulaim r.a dengan mahar (mas kahwin) masuk
islam. Ummu Sulaim r.a telah masuk islam sebelum Abu Thalhah. Kemudian
Abu Thalhah melamarnya, maka Ummu Sulaim r.a berkata,” Jika kamu masuk
islam, maka aku mau menikah dengan mu”. Akhirnya Ummu Sulaim r.a
menikah dengan Abu Thalhah bin Zaid bin Sahl Al Anshari, dan mempunyai
dua orang anak iaitu Abu Umair dan Abdullah. Ummu Sulaim r.a hidup
dengan Abu Thalhah r.a sebagai suami isteri yang bernaung di bawah
nilai-nilai keislaman yang rendang. Menikmati kehidupan dengan tenang
dan penuh kebahagiaan
Ummu Sulaim r.a adalah pilihan seorang isteri yang memenuhi hak-hak
suami dengan sebaik-baiknya. Dan ia contoh terbaik seorang ibu, seorang
pendidik yang utama dan
seorang dai’yah yang terbaik. Abu Thalhah mula memasuki madrasah imaniah melalui
isterinya. Sehingga ia boleh meminum air mata nubuwah yang menjadikannya setara dengan Ummu Sulaim r.a dalam hak kemuliaan.
Suatu saat Allah s.w.t berkehendak menguji kebahagiaanya dengan
meninggalnya putera tercinta iaitu Abu Umair, kerana sakit kuat. Dia
meninggal ketika Abu Thalhah r.a sedang keluar ke masjid. Kemudian Ummu
Sulaim r.a menguruskan mayat anaknya dan berkata kepada anggota
keluarganya,”Janganlah seorang pun mengabarkan kepada Abu Thalhah r.a
tentang kematiannya”. Manakala Abu Thalhah r.a pulang, Ummu Sulaim r.a
mempersiapkan makan malam. Juga mempersiapkan diri untuk melakukan
kewajipan seorang isteri, hingga Abu Thalhah r.a menggaulinya
(bersetubuh). Tatkala di akhir malam, maka berkatalah dia kepada
suaminya, “Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada
seseorang mengirimkan barangnya kepada suatu keluarga, dan suatu saat
mengambil kiriman tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut untuk
menolaknya?”Abu Thalhah r.a menjawab,”Tentu saja tidak boleh”. Ummu
Sulaim r.a berkata lagi,” Bagaimana jika orang itu merasa berat hati
kerana kiriman yang diambil kembali oleh tuan empunya diri setelah dia
dapat memanfaatkanya?”Abu Thalhah berkata,” Berarti ia tidak adil”.
Kemudian Ummu Sulaim r.a berkata,” Sesungguhnya anakmu adalah kiriman
dari Allah s.w.t. Dan Allah s.w.t telah mengambilnya. tabahkanlah
hatimu dengan meninggalnya anakmu”.
Keesokkan harinya Abu Thalhah r.a pergi menghadap Rasullualah s.a.w dan
menceritakan apa yang telah terjadi. Mendengar kata-kata Abu Thalhah
r.a Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: “semoga Allah s.w.t
memberkati malam kalian berdua”. Terkabullah apa yang dikatakan
daripada mulut Rasullulah s.a.w. Setelah kematian Abu Umair, Ummu
Sulaim r.a mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki, Ummu Sulaim
mengajak Anas bin Malik untuk membawa bayi tersebut kepada Rasullulah
s.a.w , dan Anas berkata,”Wahai Rasullulah Ummu Sulaim telah melahirkan
tadi malam”, kemudian Rasullulah s.a.w mengunyah kurma dan mentahniknya
(belah mulut). Anas r.a berkata,” Berilah dia nama, wahai Rasullulah”.
Rasullulah s.a.w berkata,”Namanya Abdullah”.
Ummu Sulaim r.a termasuk orang yang berlimpah kemuliaan. Dia terlibat
dalam perang Uhud dan perang Hunain. Dari sana ada cerita yang
mengisahkan tentang keberanianya dalam membela agama dan kebencianya
terhadap orang-orang kafir. Ummu Sulaim r.a membawa pisau besar dan
berkata kepada Rasullulah s.a.w, “Wahai Rasullulah, jika ada orang
musyrik mendekatiku, maka aku akan merobek perutnya dengan pisau ini”.
Ummu Sulaim r.a juga memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasullulah
s.a.w. Rasullulah s.a.w sangat menyayanginya. Rasullulah s.a.w tidak
pernah masuk selain rumah Ummu Sulaim r.a. Rasullulah s.a.w juga
mengabarkan kabar gembira kepada Ummu Sulaim r.a, bahawa dia termasuk
ahli jannah (penduduk syurga). Tsabit meriwayatkan dari Anas r.a,
bahawa Rasullulah s.a.w bersabda, “Aku masuk syurga, tiba-tiba aku
melihat Al Ghumaidah binti Maihan”.
Telah sempurnalah kebahagiaan Ummu Sulaim r.a. Memang dia berhak
mendapat itu semua, kerana ketaatanya, kesabaranya, seorang dai’yah
yang bijaksana, seorang pendidik yang baik. Dia telah memasukkan
anaknya ke madrasah nubuwah sejak usia sepuluh tahun. Telah mendidik
Abdullah bin Abu Thalhah menghafal Al Quran sejak usia tujuh tahun. Dia
meriwayatkan hadis sebanyak 14 hadis sohih yang telah disepakati oleh
Bukhari dan Muslim. Satu hadis menyendiri dalam periwayatanya dan satu
hadis Muslim hanya di riwayatkan oleh iman Muslim. Sungguh sangat agung
amalan Ummu Sulaim r.a.
Ketegasan dan kesabaran daripada hamba Allah yang harus diteladani.
Keberanian dan kecerdasanya selalu memberi sokongan kepada suami
sehingga menyejukkan setiap pandangan. Membendung emosi , jiwanya dan
jiwa si suami demi seutas erti pasrah kepada garis takdir. Semoga kami
boleh mengikuti jejakmu…….ALLAHUA’LAM
Rujukkan:
-Al Ishbah Fii Tamyiizis Shahabah
-Siyar A’lamin Nubala’
-Sahih Muslim
-Sahih Bukhari
-*)Subhanahu wata’ala
-**)Sallallah ‘alaihi wasal lam
Oleh:Wan Atiqah binti Wan Nasir Sumber: http://anjungrahmat.blogspot.com/
|
| Comments: |
Publish Date: 1st Jul 2009 |
Social Bookmarking
 Ketua Puteri Dapat Kon..
 1 Mati, 3 Cedera Parah..
 Polis Temui Mayat Dala..
 Datuk Ramli Yusof dibe..
 Selangor Timbang Saman..
 MTUC GST Bebankan Peke..
 SPR Tidak Waras Tolak ..
 Kempen Iklan SPRM Satu..
 Mengapa Yang Memfitnah..
 From Dusk Till Dawn 19..
 Crazy Indian Movie..
 My Flower Gardens..
 Gta Big Crash Airplane..
 Video Cewek Bugil..
 Bangla Eid Natok Van..
 Zpu Volver A Empezar..
 Easy Origami Folding I..
 Submit Your Website To..
|
|
Buletin Iklan Mudah Percuma
| Tajuk IklanKategoriHits |
| Iklan Terbaru |
|
| Terkini Dilihat |
|
| Video Terkini Ditonton |
 From Dusk Till Daw..
 Crazy Indian Movie..
 My Flower Gardens..
 Gta Big Crash Airp..
 Video Cewek Bugil..
 Bangla Eid Natok ..
 Zpu Volver A Empez..
 Easy Origami Foldi..
 Submit Your Websit..
 Optimizing Rhel 5..
|
| |
|