Gabungan Sedaq - Pulau Pinang Lapor Polis

Gabungan Sedaq - Pulau Pinang Lapor Polis

Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.


"Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Semalam sebanyak 50 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai 'Gabungan Sedaq' telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri bagi menyampaikan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan kepada peniaga Melayu.

Antara mereka yang bercakap sewaktu protes tersebut ialah presiden DPMMPP Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa telah merobohkan premis peniaga Melayu.

Perhimpunan yang dihadiri 300 orang itu, yang diketuai oleh presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, gagal menyerahkan memorandum terus kepada Guan Eng.

Marah kerana hanya ditemui setiausaha politik ketua menteri - Ng Wei Aik, mereka bertindak membakar memorandum tersebut sebelum turut membakar patung Guan Eng.

Comments: Publish Date: 6th Feb 2010

Free Ads

: Name * Get notify
Hide email
: Email
Verification " gSdvR "


Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Folkd Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz

Kerajaan Perlu Siasat ..

Jangan Mimpi Umno Kuas..

83% Kata Tidak Wajar P..

GERAK Cadang MP Lompat..

Tiga Beradik Rentung D..

Pesara Maut Selepas Ke..

PR bantah pencabulan h..

PR Jauh Lebih Baik Dar..

Keputusan Mahkamah Per..

Momok 3 Part 6..

Malam Pertama Pecah Da..

New G Style Crew..

Crux Fidelis..

Rumah Untuk Disewa H..

Converse Commercial ..

Cedar Points Top Ten R..

Dr Gunther Von Hagens ..

New Year..
Buletin Iklan Mudah Percuma

Tajuk IklanKategoriHits
Iklan Terbaru

Terkini Dilihat

Video Terkini Ditonton

Momok 3 Part 6..

Malam Pertama Peca..

New G Style Crew..

Crux Fidelis..

Rumah Untuk Disewa..

Converse Commercia..

Cedar Points Top T..

Dr Gunther Von Hag..

New Year..

Tall Girl 12..

 



( ) Peng-u.Com tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dan iklan dalam website ini.
© 2010 All rights reserved. Iklan Mudah Percuma @ Peng-u.Com RSS 2.0 IklanMudah